|
 |
|
Tuesday, June 20, 2006
SESUATU UNTUK ANDA..INSYA`ALLAH BERKESAN!
Susu Kolostrum IgG-Plus

Assalammualaikum wrh wbt dan salam sejahtera,
Bermula dengan hanya 5 pek susu IgG Plus, kebanyakkan pengguna boleh merasakan perbezaannya.

Adakah anda mempunyai saudara-mara atau sahabat-handai yang menghadapi masalah kesihatan yang seakan tiada akhirnya? Adakah mereka tidak mudah putus asa untuk berikhtiar mengubati penyakit? Adakah anda ingin mengambil langkah awal untuk menghindari diri anda daripada mendapat penyakit kronik seperti kanser, asma, kencing manis dll? Adakah anda ingin mencari cara menjana pendapatan yang lumayan dan tidak mahu bergantung kepada gaji bulanan sahaja? Adakah anda ingin mempunyai bisnes yang mendatangkan hasil?
Kami amat berkeyakinan untuk menggalakkan anda mencuba produk kami serta turut bersama kami di dalam perniagaan yang amat menguntungkan ini!

Gambar-gambar berikut menunujukkan seorang pelanggan yang sempat diambil sebelum dan selepas beliau mengambil susu IgG-Plus. Ramai yang berpuas hati dengan keberkesanan susu IgG-Plus. Kita hanya berikhtiar, Tuhan yang menyembuhkan...Insyaallah

Mak Tih Solehah dari Pulau Tuba, Langkawi - 12/08/2005.

Mengidap kencing manis sejak 13 tahun lalu - 12/08/05.

Setelah meminum 13 sachet IgG Plus - 06/09/2005.

Setelah meminum 35 sachet IgG Plus - 17/09/2005.

Telah beransur pulih setelah meminum IgG Plus - 21/10/2005.
Terlampau banyak testimoni yang membanggakan telah kami terima hasil daripada penggunaan susu skim kolostrum semulajadi IgG-Plus oleh pelanggan-pelanggan kami. Penyakit-penyakit seperti bengkak betis, bengkak leher, buah pinggang, buasir, gastrik, kencing manis, kolestrol tinggi, lumpuh, masalah kulit, masalah prostat, masalah hati, sakit lutut, sakit tua, stroke, insomnia, tak boleh berdiri, gout, darah tinggi dan rendah, sakit jantung, asma/lelah, alahan, masalah darah, tekanan/stress, parkinson, sindrom down, resdung, masalah usus dan pelbagai lagi penyakit mampu (dengan izin Allah) disembuhkan atau sekurang-kurangnya dapat memberikan harapan sembuh kepada pesakit.
Kunci kepada kehidupan sihat adalah sistem imun yang kuat dan sihat. Sistem imun merupakan satu rangkaian sel dan molekul yang canggih dan sangat menakjubkan. Ia bekerja siang dan malam untuk melindungi diri kita dari serangan virus, bakteria, mikrob, toksin dan parasit. Sekiranya sistem imun berada dalam keadaan sihat dan kuat, ia mampu melindungi kita dari terkena penyakit.
Apabila kita meningkat usia, tahap kesihatan sistem imun semakin menurun dan kita terdedah kepada berbagai risiko penyakit berbahaya. Berbagai-bagai kajian saintifik yang dijalankan mendapati bahawa sistem imun kita tidak berfungsi dengan baik dan ia tidak lagi mampu melindungi kita dari serangan organisma asing. Di antara penyebab utama terjejasnya sistem imun badan kita adalah seperti kekurangan zat makanan, tabiat makan yang buruk, pencemaran dan tekanan.
Susu kolostrum adalah susu awalan/pertama yang dihasilkan oleh mamalia yang melahirkan anak dalam masa 48 jam pertama kelahiran. Dengan gabungan komposisi unsur-unsur yang wujud, ia meningkat-rangsang faktor imun dan faktor pertumbuhan yang menjamin kesihatan serta menyokong badan menghadapi survival hidup. Manusia hanya menghasilkan sedikit kuantiti kolostrum manakala lembu dapat menghasilkan hampir 9 gelen cecair harapan kesihatan ini.
Keajaiban alam memberikan pertahanan semula jadi terhadap serangan dan jangkitan penyakit melalui susu terawal yang dihasilkan oleh ibu semasa permulaan penyusuan susu ibu yang dikenali sebagai kolostrum.
Kolostrum kaya dengan antibodi dan lain-lain komponen keimunan aktif yang boleh membekalkan pertahanan utama terhadap patogen serta menggiatkan sistem imun dengan memindahkan maklumat mengenai imun yang penting daripada ibu ke anak.
Jangan was-was! Produk tenusu dari New Zealand sangat selamat dan istimewa kerana :
- Bebas pencemaran
- Bebas suntikan imun, hormon dan antibiotic
- Meragut rumput semulajadi
- Bebas penyakit kuku dan mulut
- Pengumpulan dan pemprosesannya berkualiti
Kolostrum yang diperolehi dari New Zealand telah diproses dengan menggunakan sejenis teknik yang unik dan disahkan. Dalam proses pengeringannya, ianya tidak didedahkan pada suhu yang menjangkaui 60 darjah selsus, oleh itu keaslian dan kesempurnaan partikel-partikel susu tepung dapat dikekalkan.
Jika anda berminat untuk membeli produk ini, sila hubungi 012-6845637, atau e-mel kepada atriza2001@yahoo.com untuk keterangan lanjut. Anda juga boleh melayari laman web saya di http://www.atriza.myniaga.com
Kepada yang berminat untuk menjadi pengedar, kami juga mengalu-alukan anda bersama kami di dalam bisnes ini. Ramai yang telah merasa puas setelah mengambil susu IgG Plus dan menjadi ahli Smart Naco. Berbanding dengan MLM lain, mereka telah dapat mengembangkan downline mereka dengan begitu cepat sekali kerana permintaan susu IgG Plus yang menggalakan. Di utara semenanjung, pemasaran susu IgG Plus ini telah berkembang dengan pesatnya. Boleh dikatakan setiap orang tahu apa itu susu IgG Plus dan keberkesanannya. Pasaran di tempat lain masih kosong.... jadi rebutlah peluang ini dengan segera jika anda ingin memperolehi pendapatan sampingan.
Susu IgG-Plus dari SMART NACO sekotak mengandungi 30 sachet berharga RM135 (bukan ahli) atau RM109 (ahli) sahaja. Beli 3 kotak Susu IgG Plus berjumlah RM327 sebelum 31 hb Jun 2006 dan dapatkan keahlian percuma. Yuran keahlian untuk seumur hidup ialah RM50.
TESTIMONI KEJAYAAN SEORANG AHLI DAN PENGGUNA
Nama saya Zulkifli Bin Dahlan.
Saya mula terlibat dalam MLM Smart Naco pada penghujung bulan Mac 2005 kerana diperkenalkan oleh kawan saya, Ishak. Saya seakan tidak percaya pendapatan saya cukup lumayan dalam masa 3 bulan sahaja.
Sesiapa sahaja yang belum terlibat di dalam bisnes ini, silalah menceburkan diri kerana peluang sentiasa terbuka untuk anda.
Macam mana saya sangkut dengan Susu IgG?
Sejarahnya begini. Awal Mac 2005, Encik Ishak mai introduce susu IgG ini kepada saya. Katanya minum susu IgG macam2 sakit boleh baik. Tetapi sape nak percaya. 3 minggu kemudian, dia mai lagi katanya orang tension elok minum susu ini. Boleh hilang tension? Saya beli 5 paket. Takdir tuhan, 3 hari je minum susu IgG saya terus segar badan. Kuat semacam! Cerah pandangan. Sendiri pun tak percaya. Terus telefon Encik Ishak minta tolong ajar macam mana nak start jadi ahli Smart Naco.
Alhamdulillah. 31hb Mac 2005 saya (Zulkifli-ID:7492) dengan isteri (Norlehan-ID:7493) terus join Smart Naco. Saya buat wang besar! Itu pun peringkat awal saya hanya part time selama satu setengah bulan. Sudah tu terus resign dan buat full time! Lumayan. April 2005 saya register pulak nama ayah (Dahlan-ID:8283), adik (Siti Roslina-ID:8386) dan ramai lagi suadara mara saya register dengan Smart Naco. Tetapi saya punyalah semua tu. Dia orang tak buat apa-apa pun. Depa senang lama dah! Gaji pun dekat RM5 ribu sebulan.
Ringkasnya hal susu IgG Plus adalah begini-
Kalau dengar orang cerita memang payah nak percaya. Sendiri minum hilang sakit, hilang tension, macam tak percaya. Saya pi lah cerita dengan kawan2, depa pulak tak percaya. Sudah buat bisnes, punya lumayan. Macam tak percaya saya dah collect lebih RM140,000.00 dalam masa 6 bulan! Tak percaya ke?
Terima kasih kepada SMART NACO kerana menyediakan peluang perniagaan kepada saya serta keluarga.
CEK BULAN SEPTEMBER



Sertailah kami di Smart Success Team yang merupakan kumpulan yang sering membantu anda untuk mempromosi rangkaian produk-produk yang terbaik dipasaran terutamanya Susu IgG Plus dari New Zealand. Pelan pasaran bagi syarikat smart Naco adalah yang terbaik untuk rangkaian MLM.
Walaupun anda adalah 'downline', tidak semestinya anda adalah 'downline' semata-mata dan selama-lamanya. Jangan terkejut kalau 'downline' boleh memintas keupayaan 'upline' yang tidak aktif. 'Upline' yang tidak aktif akan rugi dan akan dipandang sebagai tidak efektif dimata kumpulan kami. Apabila 'downline' akan lebih berjaya, maka dengan ini secara tidak langsung akan memotivasikan 'upline' yang tidak aktif tersebut. Disinilah kelebihan kaedah pemasaran kami. 'Downline' boleh lebih sukses dan menjana wang yang lebih tinggi daripada 'upline' mereka jika anda sebagai 'downline' bekerja kuat untuk menjalankan perniagaan ini. Ingat, bahawasanya, perniagaan ini adalah perniagaan anda.
Keupayaan anda dan kerajinan anda akan menjana wang untuk anda. Dan apabila kumpulan anda bekerja seperti anda (yakni proses duplikasi - itulah yang terbaik!). Anda dan semua ahli-ahli di dalam kumpulan anda akan menjana wang bersama dan akan lebih memantapkan lagi keupayaan rangkaiain ini. (We are looking for LEADERS in your AREA!). Disini bukan pyramid system, kaedah kami adalah untuk mereka-mereka yang serius dalam perniagaan.
Ramai juga ahli-ahli dalam kumpulan kami adalah profesional yang bekerja dengan konglomerate besar di Malaysia dan juga mempunyai perniagaan mereka sendiri secara konvensional di dalam dan di luar negara. Profesional-profesional ini menyertai kami adalah semata kerana kaedah MLM kami yang cukup berkesan ini dan ditambah lagi dengan produk-produk yang menakjubkan terutamanya Susu IgG Plus ini yang dapat memberikan kepuasan yang optimum untuk anda bagi menjana wang samada secara 'part-time' ataupun 'full-time' (A GREAT SYSTEM that works couple with GREAT PRODUCT....equivalent TO GREAT SUCCESS!). Rangkaian kami juga merumus ke luar negara seperti Brunei, Singapura, Thailand dan juga Indonesia. Dan tidak mustahil kami akan merangkum pasaran yang lebih besar di luar negara dalam masa yang terdekat. Come on all LEADERS, We work as a TEAM! Join the great team at SMART SUCCESS TEAM.
cubalah..insya`allah.. berkesan.
Posted at 10:10 am by atrusyd
Permalink
Friday, May 05, 2006
~Sifat-sifat wanita ahli syurga~
Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?
Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan. Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi) Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.
Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.
Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)
Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"
Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar) Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.
Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia." Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)
Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.
Posted at 09:55 am by atrusyd
Permalink
Thursday, April 06, 2006
assalamualaikum...
" Ilmu itu adalah cahaya. Ia hanya boleh dicapai dengan taqwa dan khusyu'"
Suatu hari, Imam Abu Hanifah diajukan satu pertanyaan oleh seorang daripada anak muridnya. Bila diajukan pertanyaan tersebut, Imam Hanifah terdiam...dia rasa, macam dia tahu jawapan yang dia patut berikan, tapi jawapan tu macam tersekat dalam dada dia, dia tak boleh nak formulatekan jawapan tu untuk keluar dari mulut dia. Rasa macam ada mental block. So, bila dia sedar yang dia susah nak keluarkan ilmu yg ada dalam dada dia, dia tahu, nih mesti ada something wrong ngan diri dia nih. Ada la yang tak kena. Jadi, dengan segera dia bersolat sunat taubat dan beristighfar berkali-kali. Sesudah itu, baru la dia dapat memberikan jawapan tersebut kepada anak muridnya.
Macam kita yang student yang boleh dikatakan 24 jam, sehari-harian hidup bersama ilmu, kengkadang terasa macam, eah pernah dengar pasal benda nih, tapi tak ingat la, tapi rasa macam pernah nampak, tapi...di mana ye? Kalau study pulak, kena baca sampai 2, 3 kali baru boleh ingat satu subtopic nih. Kalau time periksa, rasa macam soklan ni pernah buat, tapi eah..betul ke jawapan dia ni? Dan terkadang tu, bila kita terlupa, kita suka untuk memarahi diri sendiri, atau blame on orang lain. "Ini semua psal long-term memory lost la ni", "Apsal la otak nih time ni dia nak lupa", "Kalau roomate aku tak ajak berbual mlm tadi, mesti dah ingat dah topic ni" dan..seterusnya, dengan bermacam alasan yg boleh kita reka.
Terkadang kita terlupa, betapa dekatnya salingkait jiwa, hati kita dengan ilmu yang kita timba. Kalau kita rasa kita terlupa sesuatu, lebih-lebih lagi terlupa sesuatu perkara yang berkaitan dengan ilmu, mungkin ada something wrong dengan hati kita. Cara mencloroxkan kekotoran kita nih simple je, takyah pakai satu sen pun, istighfar, solat taubat, zikrullah, dan ayat-ayat al-quran yang powernye boleh membersihkan kekotoran hati dan jiwa.
Mungkin kita rasa kita tak score subject nih sebab kita tak pandai, tapi lebih mungkin lagi sebab apa yang kita belajar susah nak lekat dalam kepala otak kita. Mungkin kita rasa kita susah nak lekatkan sesuatu dlm kepala otak kita sebab minda kita ni dah memang diciptakan susah nak ingat benda yg kita pelajari sejak dulu lagi, tapi lebih mungkin lagi sebab kita terleka, terbuat perkara yang Allah larang, menggelumangkan hati dalam maksiat2 antara sedar dan tidak ...maka, minda kita jualah yang terpalit lumpurnya.
wallahu'alam
*lebih pada peringatan untuk diri sendiri
Kalau Ilmu tu boleh dinampak secara fizikal seperti cahaya, macam mana agaknya rupa ilmu ye
Posted at 09:19 am by atrusyd
Permalink
Friday, March 31, 2006
Posted at 02:30 pm by atrusyd
Permalink
Thursday, March 30, 2006
DISEBALIK LAMAN INI...
Dia yang pada awalnya kukenali sebagai pensyarah hingga kugelar sebagai kakak lantas termetrai kata sebuah persahabatan anatara kami..cukup pantas yang dilalui,tapi bermakna. Dia yang agak kutakuti apalagi geruni..lagi-lagi apabila subjeknya iaitu statistik..ku yang agak lemah matematik lagilah bosan apabila subjek ini wajib diambil ketika aku di semester empat. Panjang sejarah perkenalan ini..lanjutannya kanku teruskan jika tidak selesai tika ini.
At, adalah awalan dari namku dan rusyd pula adalah sebutan nama yang cukup indah yang telah bertakhta sebagai sahabatku di dunia moga-moga di akhirat jua..namaku yang agak unik mungkin jua pelik, dirasakannya ingin mendekati..begitujuga aku yang sangat ingin mngenalinya disebalik ketegasan yang dirinya miliki. Dari dia kukenali sebagai pensyarah kini amat senang kudekati bermulanya ketika latihan pementasan teater yang telah dilangsungkan pada mac tahun lepas..wahh..tak ku sangka telah capai setahun ukhwah kami.
Di auditorium pujanggalah menjadi saksi keakraban kami.. Pada awalnya agak takut juga untuk aku dampinginya tapi dari hari ke hari dia yang hadir menemani, memberi kata-kata dorongan agar aku tidak terus kecewa mahupun bersedih.pada awalnya aku cukup berputus asa untuk meneruskan pementasan teater karya sulungku setelah tamat alam persekolahan. tajuknya??..'Nostalgia Rabiah Al-Adawiyah'..masih segar dalam ingatanku kerana ketika ini bermulanya ukhwah kami. Walaupun tidak ditawarkan apa-apa dia sanggup menemani kami untuk latihan ini. Dari bual bicara mengenai skrip yang kucipta hinggalah mengenai diri yang tiada apa-apa ini dia telusuri. Tidak dia sahaja yang begitu aku juga mempergunakan waktu untuk menyelami isi hatinya untuk kudekati sebagai sahabat sejati..insya`allah, moga Allah meredhai ukhwah persahabatan kami. kalau nak diceritakan mengenai dia uhh..mungkin tiada waktu untuk rehatku..hehe..tapi tidak kukecewakan kepada insan yang ingin jua mengetahui. lantas emailkan sahaja padaku. atriza2001@yahoo.com. atau inginkan penjelasanya boleh saja menghantar apa saja asalkan ikhlas.. rusyda_yahya@yahoo.com.my bagai terang lagi bersuluh..keakraban kami ada juga pancarobanya.ada yang iri malahan tidak menyukai persahabatan yang telah kami jalinkan ini..anatara kami ada intro dan kontranya..apa tidaknya, diriku seorang yang agak pemalu manakala dirinya pemalu jua tapi tidak sepertiku. dia yang bertudung biasa manakala diriku bertudung labuh (bukan untuk berbangga, tapi sekadar menerangkan). tidak ketinggalan rakan-rakan ku mahupun dia bagai menentangi persahabatan kami..kerana keredhaan Illahi yang kami cari, kami temui keserasian.kami hadapi segala cerita mulut-mulut insan yang iri..alhamdulillah persahabatan kami tidak sedikitpun terganggu gugat.insya`allah akanku lampirkan foto-foto kami..dengan keizinanya. andai tidak kulampirkan apa yang perlu sahaja. sudah lama ku dihadapan skrin ini..insya`allah di lain masa aku penuhi lahi kisah ini serta pautan-pautan lain
. insya`allah dengan izinNYA kita bertemu lagi. buat sahabatku,teruskan perjuanganmu. barakallah
Posted at 02:32 pm by atrusyd
Permalink
|
|
|